Monday, October 24, 2011

RESEPI UPDATE: Kek Buah Kukus

Assalamualaikum w.bt..^_^

Entry kali ni, ana nak kongsikan resepi kek buah kukus yg sdap ni..lbh sdap berbanding kalau kita guna serbuk kek buah instant kat kdai tu.

Knp entry psl resepi pun termasuk dlm blog ni juga ek?? Resepi masakan pun perkongsian ilmu juga kan..^_^ Ia pun slh 1 cara utk menambat hati suami nnti kan..^_______^


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.Salah satu drp 10 pesanannya adalah memerhatikan waktu makan, kerana lapar yang berlarutan dapat menimbulkan rasa marah.

Berbalik kpd tajuk entry kali ni..

Bahan2:

1.200 gm butter
2.200 gm gula halus
3.300 gm tepung gandum
4.2 sudu teh baking powder
5.1 sudu teh soda bikarbonat
6.3 biji telur
7.1 sudu teh esen vanila
8.100 gm gula --->cairkan hingga berwarna kekuningan
9.250 gm buah campur

Cara2:

1. Ayak tepung gandum,baking powder & soda bikarbonat.
2. Butter & gula dipukul hingga kembang.
3. masukkan telur & esen vanila.
4. Masukkan bahan yg telah diayak & buah campur.
5. Masukkan gula yg telah dicairkan & kacau rata.
6. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
7. Kukus selama 2 jam. ( Ana kukus 1jam setengah pun dah ok )--> cucuk tgh2 kek dgn lidi utk
tahu kek dah masak ke x..kalau lidi tu bersih je & xde acuan yg melekat kat lidi,tandanye kek
dah masak
8. Sejukkan kek & baru boleh potong.

Taraaaaaa..ni la hasilnya ^_^


yg gmbr kecil tu acuan sebelum dikukus..kat belakang tu kek buah kukus yg dah siap..^_^

P/s: kalau x suka manis, bleh kurangkan ckit sukatan gula halus tu. Sb kadang2 manis buah tu menambahkan lagi kemanisan kek.

Sekian, wassalam..^_^

Friday, October 21, 2011

9 Ciri-ciri Calon Isteri yang Diidamkan


"Ya Allah.... Jadikan aku wanita yang soleheh, sejuk dimata Zauj ku, Semoga kami berkasihan antara satu dengan lain hanya kerana redha Mu
Ya Rabbul Izzati...
Jadikan aku Zaujah yang terbaik menemani Zauj ku di dunia dan akhirat.
Semoga aku menjadi penyejuk mata dan menenang jiwa Zauj ku
Ya Rabb... bimbinglah aku menjadi muslimat yang taat serta Cinta kepada Mu...
Amin Ya Rabbal Alamin........"

~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

9 Ciri-ciri Calon Isteri yang Diidamkan;


1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.

Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawah ini:
.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain