Thursday, December 12, 2013

Bunga 'cute'

Asssalamualaikum w.b.t....

^_______^

senyum lagi...

^_____________^

senyum lagi......


olololololo..comelnye..^_^

Senyum se'comel'2nye sebab dah lama tak update blog ni..
asyik kawan sorang tu je la yg selalu ingatkan..hehe
time kasih kawan...^_^


Sekarang ni ter'excited' la pulak buat bunga 'cute' ni haa
bila dah excited..
PERFUME KERETA
BEG SEKOLAH ADIK
jadi mangsa 'tampalan'..hik3

nak upload gambar perfume kereta tu yang dah siap gubah
tapi...
ntah kenapa gambar tu lama sangat loading nya..
banyak sangat kot bunga dia nak loading...hee


macam biasa la..sambil buat bunga, makan tu 'wajib'..;)
>bila la nak kurus<
*sigh*

Bunga ni sangat2 la senang..
gunting je kain perca yang dah tak nak tu jadi bulat
nanti jahit sekeliling bulatan tu macam ni
_ _ _ _ _ _ _ _
paham dak? haha
dah siap jahit, tarik rapat2 benang tu.
jadi la bunga...pastu letak la manik ke,butang ke,intan permata ke kat tengah tu
saip!!! Eh, silap. siapppp!!

ni just main2 je ngan kain perca
dah teror boleh la buat ngan kain elok sikit

P/S: macam comel je kalau buat ngan kain satin..nanti boleh la hias kat kotak hantaran kan..wink3.
       _berangan tak sudah2_  =p

Wednesday, July 3, 2013

Cara Bersihkan Bunga Plastik

Assalamualaikum w.b.t..

Apa kbr smua?
Alhamdulillah..hari ni tiba2 mood update blog mai..
fuhhhh~ bersawang dah blog mizah bulat ni..ngee..^^

Dan hari ni juga la mood nak mengubah bunga mai..
nak tunjuk rajin la konon2 post dlm blog..hehe.

Bunga plastik ni dah berusia hampir 2 tahun dah..
dpt masa konvo degree dulu  18.11.2011.
yeah!! first time dpt bunga..time ksh..^^

hari ni la baru tuan bunga mengigau nak basuh,cuci & gubah bunga2 ni..
sebelum ni duk je bunga2 tu dlm jambangan mcm masa dpt hari tu..
letak kat kepala katil wat penyeri katil si dara ni..
baru ada feeling ckit kan nak tdo kat katil kolej tu..hee


nampak sgat malas bab mengubah2 bunga ni..ahaks~

Disebabkan jambangan bunga tu dah penyek2 sb kena sumbat dlm beg tarik hari tu,
( yeah! dah hbs student life)
terpaksa la gubah bunga2 tu balik wat penyeri meja solek pulak..
google punya google..
terjumpa la 1 cara yg simple & sesuai sgat utk saya yg pemalas ni..hik3.

Senang je..
rendam je bunga2 tu dlm air suam+sabun..

mereka ber'swimming pool' dlm baldi..

goncang2 ckit bunga tu dlm air sabun tu
biar terkluar hbs smua habuk2 yg sibuk je nak menumpang bunga kita..hee
Next..
jemur smua bunga2 tu dlm keadaan terbalik ke bwh..
dah kering..guna vakum utk sedut2 habuk2 tersembunyi..cewaaahh~
Lastly,
gubah ikut kreativiti anda ye cik2 adik manis..^^

recycle pasu sape ntah dlm stor..hee
tadaaa..saya punye 1st gubahan bunga..amacam??


Sekian utk entry kali ni..publish!!

Wednesday, March 13, 2013

Mari berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah saw.

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri

4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada bekas yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan


Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda. InsyaALLAH ♥



Sweet....^^

Monday, February 25, 2013

Jom contohi Fatimah!

Siapakah Fatimah yang perlu muslimah jadikan beliau sebagai role model?
Sudah pasti beliau ialah Saidatina Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah S.A.W..^^

Marilah sama2 kita dengarkan kisah beliau sebagai anak, isteri & pejuang agama utk dijadikan contoh & semangat kita sebagai anak, isteri & pejuang agama di akhir zaman ini..


Khas utk muslimat yg sudi bertandang ke taman ilmu ini..dari ustazah fatimah syarha..Fitrah wanita anggun..=)





Semoga apa yang kita dengari dari telinga turun ke hati..insyaallah..
ukhuwah fillah ya ukhti! ^_^

Tuesday, February 12, 2013

Bezakan kehendak dan keperluan

Sebagai manusia, kadang2 kita melebihkan kehendak berbanding keperluan.

Enset mgkin 1 keperluan tapi disebabkan pengeluar enset berlumba2 menghasilkan enset yg canggih2 maka kita mula kabur dlm membezakan keperluan dan kehendak. Maka ramai golongan pelajar terutamanya sanggup menghabiskan wang utk memilikinya.

Sebagai pelajar adalah lbh baik kita gunakan wang yg ada utk perkara yg lbh penting. x pun simpan sebagai tabungan kan? mana la tahu kot2 kita memerlukan wang nanti. Enset lak cukup la sekadar mepunyai fungsi utk membuat panggilan dan mesej.

Kdg2 hati kecil ni x faham dgn segelintir manusia..baru bekerja dah beli kereta besar, brg2 berjenama & lain2. mgkin itu sbg reward utk kerjaya mereka kan? Lain manusia lain cara. Apa slhnya tahan dulu kehendak..utamakan keperluan. Terutamanya lelaki..perlulah pandai menguruskan wang anda..nanti nak kawin xdela menyusahkan mak ayah kan.

Bersederhana lah dlm apa jua yg kita lakukan agar hati terjaga..bersederhana membuatkan hati kita lbh bersyukur, tenang dan bahagia..^^

Nabi SAW bersabda: "Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebih (boros) dan janganlah untuk bermegah-megah." (riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Bersederhana itu lebih baik syg ^^



Tuesday, February 5, 2013

PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


C & P via Pakar Diari Hati..^^



P/s: boleh la amalkan petua2 ni demi nampak cantik utk suami tersayang kan ^^

Monday, February 4, 2013

Perginya seorang adik :'(

hampir 5 bulan bidadari kecil ku pergi 
perginya kini tiada di sisi
perginya kini tiada kembali
rindu bertemu doa ku panjat pada Ilahi

Adik..

pelukan mu ku damba
hanya baju mu yang ku rasa
senyum mu ku dahaga
hanya gambar mu penawar duka

kini..

hanya doa pengantara kita
hanya kubur mu yang nyata
hanya memori subur melata
hanya air mata peneman hiba