Monday, February 25, 2013

Jom contohi Fatimah!

Siapakah Fatimah yang perlu muslimah jadikan beliau sebagai role model?
Sudah pasti beliau ialah Saidatina Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah S.A.W..^^

Marilah sama2 kita dengarkan kisah beliau sebagai anak, isteri & pejuang agama utk dijadikan contoh & semangat kita sebagai anak, isteri & pejuang agama di akhir zaman ini..


Khas utk muslimat yg sudi bertandang ke taman ilmu ini..dari ustazah fatimah syarha..Fitrah wanita anggun..=)





Semoga apa yang kita dengari dari telinga turun ke hati..insyaallah..
ukhuwah fillah ya ukhti! ^_^

Tuesday, February 12, 2013

Bezakan kehendak dan keperluan

Sebagai manusia, kadang2 kita melebihkan kehendak berbanding keperluan.

Enset mgkin 1 keperluan tapi disebabkan pengeluar enset berlumba2 menghasilkan enset yg canggih2 maka kita mula kabur dlm membezakan keperluan dan kehendak. Maka ramai golongan pelajar terutamanya sanggup menghabiskan wang utk memilikinya.

Sebagai pelajar adalah lbh baik kita gunakan wang yg ada utk perkara yg lbh penting. x pun simpan sebagai tabungan kan? mana la tahu kot2 kita memerlukan wang nanti. Enset lak cukup la sekadar mepunyai fungsi utk membuat panggilan dan mesej.

Kdg2 hati kecil ni x faham dgn segelintir manusia..baru bekerja dah beli kereta besar, brg2 berjenama & lain2. mgkin itu sbg reward utk kerjaya mereka kan? Lain manusia lain cara. Apa slhnya tahan dulu kehendak..utamakan keperluan. Terutamanya lelaki..perlulah pandai menguruskan wang anda..nanti nak kawin xdela menyusahkan mak ayah kan.

Bersederhana lah dlm apa jua yg kita lakukan agar hati terjaga..bersederhana membuatkan hati kita lbh bersyukur, tenang dan bahagia..^^

Nabi SAW bersabda: "Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebih (boros) dan janganlah untuk bermegah-megah." (riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Bersederhana itu lebih baik syg ^^



Tuesday, February 5, 2013

PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


C & P via Pakar Diari Hati..^^



P/s: boleh la amalkan petua2 ni demi nampak cantik utk suami tersayang kan ^^

Monday, February 4, 2013

Perginya seorang adik :'(

hampir 5 bulan bidadari kecil ku pergi 
perginya kini tiada di sisi
perginya kini tiada kembali
rindu bertemu doa ku panjat pada Ilahi

Adik..

pelukan mu ku damba
hanya baju mu yang ku rasa
senyum mu ku dahaga
hanya gambar mu penawar duka

kini..

hanya doa pengantara kita
hanya kubur mu yang nyata
hanya memori subur melata
hanya air mata peneman hiba