Wednesday, February 9, 2011

Merungut menerima ilmu

Erm..waktu2 ptg cmni best juga bersantai smbil bc artikel2 yg memberi manfaat utk memotivasikn diri ni..artikel ni ana petik dr blog cahaya_cerdas_pemberianku..sbg peringatan utk kita semua..:)
...................................................................................................................................................................

Salam....

Untuk sekian kalinya, saya kurang berkenan dengan mereka yang masih penuntut universiti merungut kerana ilmu yang diperolehi tidak sewajar dengan kedudukan mereka sekarang...Adakah mereka lupa bahawa ilmu yang diperolehi dan dijalani ini adalah ilmu Allah dimana ianya merupakan pinjaman dan sementara sahaja.... Hanya kerana penat dan banyak sangat kerja yang di beri oleh pengajar, mereka merungut akan ilmu yang diberi...

Bukan pengajar atau pensyarah yang mengaturkan apa yang bakal kita pelajari tetapi Allah yang menyusun dan merangka ilmu yang bakal kita perolehi. Yang mengerakkanya adalah pensyarah dan staf di sesebuah universiti atau guru di sekolah atau ustazah di Madrasah....Saya bukanlah nak mengatakan saya tidak pernah merungut....saya akui bahawa saya dahulu pernah menrungut kerana penat menuntut ilmu tetapi apa yang saya perolehi hanyalah sia-sia sahaja.....

Jadi saya ubah diri saya untuk bersyukur dengan ilmu yang diperolehi...Apabila orang yang kita kenali dan akalnya lebih cepat tangkap menerima ilmu "merungut" dengan ilmu yang kita pelajari, saya seperti ingin membangkang tetapi memikir orang yang saya kenali ini tidak pernah kalah pada kata-katanya dan saya bukan orang yang suka menentang, saya hanya mendiamkan diri....


Ikhlas kah anda menuntut ilmu Allah atau anda menuntut ilmu hanya sekadar untuk mendapat kerja selepas belajar di universiti... ?Saya akui, cita-cita menjadi perangsang untuk kita menuntut ilmu tetapi cita-cita tanpa keikhlasan untuk menuntut ilmu, bagi saya hanya sia-sia...

Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
(Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78)

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Mulianya Allah kepada mereka menuntut ilmu kerana-Nya....Apabila kita menghadapi peperiksaan, kita akan melakukannya dengan senang walaupun, berkemungkinan soalan tersebut bakal memeningkan kepala kita..Hal itu yang berlaku kepada diri saya..senyum dan terus senyum menghadapi soalan peperiksaan.....

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699)

Ilmu yang kita belajar di sekolah atau pun di universiti sikit sahaja tetapi Ilmu Allah luas terbentang lebih seluas Alam... Semua ilmu termeterai di dalam Al-Quran. Daripada agama Usulluddin sehingga ilmu teknologi...Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Kita sebagai manusia @ khalifah di muka bumi Allah ini seharusnya bersyukur dengan ilmu yang pinjamkan kepada kita..Kalau tidak adanya ilmu-ilmu ini, agaknya terlalu jahillah kita di sisinya.....Allah menghendaki kita mengamalkan ilmu yang baik dan lakukannya kerana Allah S.W.T.

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

No comments:

Post a Comment