Tuesday, December 7, 2010

Jom KenaLi JeNis2 DaRah WaniTa

 Assalamualaikum sahabat2 yg membaca post ini...

     Alhamdulillah..semasa cuti sem ni, ana dpt juga meluangkan masa utk membaca buku "Indahnya hidup bersyariat" keluaran telaga biru. Buku ni adalah hadiah yg ana dpt semasa menyertai peringkat akhir tilawah al-Quran interkolej UPM..Tergerak hati ana utk berkongsi dgn sahabat sekalian mengenai salah satu part yg penting utk kita ketahui khususnya wanita. 

Part yg menarik minat ana utk berkongsi di ruangan ini ialah jenis2 darah wanita...

Darah wanita ada 3 jenis iaitu darah haid, darah nifas & darah istihadah.


Darah Haid
Pengertian      : Darah kotor yg keluar dari rahim perempuan yg bkn darah penyakit.
Tempoh Haid : Sekurang2nya sehari semalam iaitu 24 jam.Maksimum 15 hari 15 mlm.Kebiasaannya 6 atau 7
                        hari 7 mlm.
Warna darah Haid : Merah kehitaman, kuning tua atau coklat.

*Sekiranya darah yg keluar melebihi drp kebiasaan, umpamanya, melebihi maksimum haid seperti 15 hari 
  maka darah yg lbh itu dikira istihadah atau darah penyakit.Org yg berdarah penyakit ini wajib menunaikan solat & amalan2 lain sebagaimana org biasa juga.

Darah Nifas
Pengertian : Darah yg keluar drp rahim perempuan disebabkan melahirkan anak (bersalin).
                  Darah drp rahim perempuan yg keguguran anak juga dipanggil nifas.
Tempoh    : Kebiasaannya 40 hari dan maksimum 60 hari. Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana
                  kepercayaan org melayu.

Perkara2 yg diharamkan ketika haid dan nifas. 
  • Solat
  • Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran
  • Tawaf
  • Puasa
  • Bersetubuh
  • Bercerai (org haid sahaja). Tetapi talaknya jatuh.
  • Iktikaf di dlm masjid 
Masalah haid & nifas.

Org yg sedang haid/nifas boleh membaca sedikit ayat al-Quran seperti basmalah dgn niat zikir. Begitu juga beberapa ayat dlm kategori pendinding diri seperti ayat kursi dan surah2 3 Qul.

Selain itu, tidak haram bg seorg wanita yg haid melintasi masjid,sebagaimana sebuah hadis yg diriwayatkan      oleh muslim & lainnya drp Aisyah r.ha. bahawa dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:          "Ambilkan untukku sejadah di masjid." Lalu aku berkata: "Sesungguhnya aku dlm keadaan haid." Sabda         Rasulullah: "Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tangan kamu"                                                                    

Darah Istihadah
Pengertian : Darah yg keluar dari faraj perempuan bkn semasa haid atau nifas. Ia disifatkan sbg darah
                  penyakit.
Tempoh : Darah yg keluar dari rahim yg melebihi atau kurang drp haid atau nifas.

*Perlu diingatkan bahawa perempuan yg darahnya keluar sebgaimana yg tersebut, tidak dikenakan sebarang
  larangan seperti ke atas org haid dan nifas.Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wuduk tatkala
  hendak mengerjakan ibadah solat dan lain2 yg diwajibkan berwuduk.

Org yg beristihadah jika hendak mengerjakan solat perlu mengambil kira perkara2 berikut :

1. Berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta
    meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu, lalu terus bersolat. Dia tidak boleh menunggu melainkan utk
    solat berjemaah.
2. Mereka hanya boleh solat satu fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.

....................Tamat....................

Sekian sahaja utk post kali ini. Insyaallah, jika ada waktu terluang lagi ana akan kongsikan lagi part2 yg menarik& penting dlm buku ini sbg panduan kita bersama.Wassalam..:)






               

No comments:

Post a Comment