- Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yg paling afdal ialah di masjid).
- Menjaga makanan & minuman agar terjamin halalnya.
- Membanyakkan sedekah kpd fakir miskin.
- Jgn bersolat dgn menangguh utk membuang air bsr atau air kecil & perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dlm solat.
- Mengambil wuduk dgn sempurna supaya air mengenai semua anggota yg wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
- Memakai pakaian yg bersih & kemas.
- Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yg mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
- Mengingati mati & kemungkinan itu merupakan solat yg terakhir sekali dlm hidup.
- Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dgn Allah yg Maha Agung & Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
- Memenuhkan dada dgn perasaan takut & rendah diri terhadap Allah yg melihat segala gerak geri kita.
- Memahami segala bacaan dlm solat termasuk ayat2 Quran & segala zikir.
- Sebelum mengangkat takbir, membaca surah an-nas, selawat atas nabi S.A.W., istigfar & apa2 bacaan utk menjauhkan gangguan syaitan.
- Memandang ke tempat sujud & tidak terlalu banyak menggerakkan anggota & berpaling semasa dlm bersolat.
- Memusatkan seluruh ingatan kpd solat.
- Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk & sujud.
- Memastikan tidak ada gangguan dlm kawasan kita bersolat.
- Jgn memandang ke kiri & ke kanan.

Wednesday, December 8, 2010
TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment