Thursday, February 2, 2012

Syair Buat Suami


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidaklah setabah Fatimah,
Isterimu hanyalah perempuan akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajari kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, engkaulah langit penaungnya,
Isteri kiasan ternak, engkaulah gembalanya,
Isteri bak murid, engkaulah sang mursyid,
Isteri bagai anak kecil, engkaulah tempatnya bermanja,
Saat isteri menjadi madu, teguklah ia sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, engkaulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya.


Pernikahan dan perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah Taala,
Kerana memiliki isteri tidak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali,
Cuma lelaki akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


Copy from: Blog Tinta Nurani.

“Andainya kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah..^_^ "

No comments:

Post a Comment