Saturday, February 25, 2012

~Cinta Yang Terindah~

Sebelum ini..
Ku tak tahu apa itu cinta
Adakah cinta itu sebuah pengorbanan?
Adakah cinta itu sekadar berkongsi rasa?
Adakah cinta itu atas rasa tertarik?

Sebelum ini..
Ku tak tahu bila cinta itu akan menyapa
Adakah bila ku rasa bersedia?
Adakah ia secara tiba2?
Atau adakah ia secara kebetulan?



Tetapi..
Mimpi yang ku alami
Semakin hari semakin menjadi realiti
Adakah ini cinta hati?
Adakah ini cinta yang ku nanti?
Adakah ini cinta yang menemani ku utk meraih cintaMu yg abadi?

Ya Allah..
Hanya Engkau tempat ku memohon
Dekatkanlah hati kami dalam doa
Semoga kami ditakdirkan bersama
Di dunia dan akhirat sana..


~HamizahZaidi~


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, February 2, 2012

Nak Tahu Rahsia Mengurangkan Berat Badan?

Tak tahu la knp sejak akhir2 ni agak mengambil berat psl berat badan..hehe.

Dalam usaha mengurangkan berat badan, terjumpa lak beberapa tips untuk mengurangkan berat badan secara sihat.

^__________________^

credit to blog Srikandi Mama atas perkongsian tips2 ini.

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.


2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.


4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.


7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

!! SeLaMat BeRuSaHa HaMiZaH !!

Syair Buat Suami


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidaklah setabah Fatimah,
Isterimu hanyalah perempuan akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajari kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, engkaulah langit penaungnya,
Isteri kiasan ternak, engkaulah gembalanya,
Isteri bak murid, engkaulah sang mursyid,
Isteri bagai anak kecil, engkaulah tempatnya bermanja,
Saat isteri menjadi madu, teguklah ia sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, engkaulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya.


Pernikahan dan perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah Taala,
Kerana memiliki isteri tidak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali,
Cuma lelaki akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.


Copy from: Blog Tinta Nurani.

“Andainya kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah..^_^ "

Monday, January 23, 2012

~Learn from nature~

Ma : Along..tlg ma bleh? ambilkan limau kasturi kat pokok tu..nak letak dlm sambal ni.
Along : ok ma..^_^

"Wah! Dah tinggi pokok limau kasturi ni.Maklumlah dah lama x balik umah kan." monolog along dalam hati.Kelihatan buah limau kasturi yg bersaiz besar berada di puncak pokok.Manakala limau kasturi yg bersaiz sederhana pula hanya senang dicapai dgn tangan sahaja."Mana la galah "cute" abah ni..xjumpa lak."monolog along lagi.Setelah puas mencari, akhirnya along terpaksa menggunakan idea sendiri utk mendapatkan limau kasturi yg bersaiz besar itu.Sambil memandang pokok tersebut, tiba2 along teringat akan kisah buah epal yg pernah dibaca dulu.



Wanita ibarat epal.Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.TAPI epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak..susah dipetik, susah digapai..Terkadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya…hingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat.. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi menanti…

Along tersenyum..kata2 tersebut amat bermakna dan mengingatkan diri agar menjaga dirinya dalam kehidupan seharian di dunia ini.

Dahan pokok limau kasturi yg berduri membuatkan along berhati2 untuk cuba mencapai limau kasturi yg berada di puncak.Setelah mencuba, akhirnya limau kasturi yg bersaiz besar itu berada dalam genggaman along.

along tersenyum gembira..usaha yg dilakukannya berhasil walaupun tidak menggunakan galah.


Ketika berehat di halaman rumah, fikiran along menganalisis apa yg berlaku tadi.

Limau kasturi besar : target @ ssuatu yg ingin dicapai
Duri : Cabaran yg perlu dihadapi utk mencapai target
Galah: Alternatif lain yg boleh digunakan utk mencapai target tanpa menghadapi cabaran yg berduri

Aplikasi dalam kehidupan: Walau apa pun cabaran yg perlu kita tempuhi utk mencapai cita2 yg kita inginkan, hadapilah cabaran itu dgn pnuh kesabaran. Mungkin ada cara singkat lain yg boleh kita lakukan tapi kepuasan yg dicapai tidak akan sama dgn apa yg kita cpai jika kita berani menghadapi cabaran itu. Walaupun cabaran itu menyakitkan, namun disaat kita menggenggam cita2 yg diimpikan, mgkin kita akan berterima ksh kpd cabaran itu kerana ia membuatkan kita lbh kuat di masa hadapan..^_^

P/s : Nukilan saya ini didedikasikan kpd sesiapa yg selalu bertanya knp saya mengambil master dan tidak menyambung pengajian di peringkat phd w'pun mempunyai 1st class degree..saya percaya,kptsn saya utk mengambil master ini bukan satu kerugian malah merupakan tapak asas yg perlu saya alami sbg basic utk mengambil phd nnti..insyaallah. Kptsn utk terus mengambil phd @ menyambung master, kedua2nya ada kelebihan & keburukan. Dan saya percaya,kptsn saya ini adalah tepat & ia sudah tertls oleh Allah dlm kamus hidup saya. Aturan Allah adalah yg terbaik..^_^ subhanallah! Dgn berbekalkan pglmn master ini, insyaallah saya akan lbh kuat utk mecapai cita2 saya menjadi..Dr Nurhamizah Zaidi..insyaallah,amin.

P/s : Tidak ada istilah "rugi" dalam menuntut ilmu..peace! (^_^)v

Monday, December 12, 2011

Anugerah Cinta

Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah),ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya,sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi...(riwayat Bukhari dan Muslim)


Anak merupakan anugerah yg Allah berikan kpd suami dan isteri sbg pengerat kasih syg dlm rumah tangga..anugerah adalah amanah..menjadi tanggungjwb ibu bapa utk mendidik anak2 mereka mengikut acuan islam agar mereka menjadi anak yg soleh solehah.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya..didiklah anak2 mengenal Allah, mendirikan solat, membaca Al-Quran.

Sesungguhnya hati kanak2 itu suci bersih..didiklah hati mereka dengan ajaran islam..insyaallah,rohani & jasmani mereka akan menjadi kuat sbg benteng utk menghadapi kehidupan di dunia ini.

Monday, December 5, 2011

Bersangka baik demi cinta ~ Ust Pahrol~

Bersangka baik demi cinta..sebuah karya dr Ustaz Pahrol Mohd Juol..antara karya beliau yg memberikan makna yg amat bermakna utk hati ini..hayatilah wahai hati~

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.




v) Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Monday, October 24, 2011

RESEPI UPDATE: Kek Buah Kukus

Assalamualaikum w.bt..^_^

Entry kali ni, ana nak kongsikan resepi kek buah kukus yg sdap ni..lbh sdap berbanding kalau kita guna serbuk kek buah instant kat kdai tu.

Knp entry psl resepi pun termasuk dlm blog ni juga ek?? Resepi masakan pun perkongsian ilmu juga kan..^_^ Ia pun slh 1 cara utk menambat hati suami nnti kan..^_______^


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.Salah satu drp 10 pesanannya adalah memerhatikan waktu makan, kerana lapar yang berlarutan dapat menimbulkan rasa marah.

Berbalik kpd tajuk entry kali ni..

Bahan2:

1.200 gm butter
2.200 gm gula halus
3.300 gm tepung gandum
4.2 sudu teh baking powder
5.1 sudu teh soda bikarbonat
6.3 biji telur
7.1 sudu teh esen vanila
8.100 gm gula --->cairkan hingga berwarna kekuningan
9.250 gm buah campur

Cara2:

1. Ayak tepung gandum,baking powder & soda bikarbonat.
2. Butter & gula dipukul hingga kembang.
3. masukkan telur & esen vanila.
4. Masukkan bahan yg telah diayak & buah campur.
5. Masukkan gula yg telah dicairkan & kacau rata.
6. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
7. Kukus selama 2 jam. ( Ana kukus 1jam setengah pun dah ok )--> cucuk tgh2 kek dgn lidi utk
tahu kek dah masak ke x..kalau lidi tu bersih je & xde acuan yg melekat kat lidi,tandanye kek
dah masak
8. Sejukkan kek & baru boleh potong.

Taraaaaaa..ni la hasilnya ^_^


yg gmbr kecil tu acuan sebelum dikukus..kat belakang tu kek buah kukus yg dah siap..^_^

P/s: kalau x suka manis, bleh kurangkan ckit sukatan gula halus tu. Sb kadang2 manis buah tu menambahkan lagi kemanisan kek.

Sekian, wassalam..^_^